SID45: AUTOMATIC CAR ENGINE BAY FIRE EXTINGUISHER

AMMAR HAMDANI BIN ABDUL RAHIM KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH

MSC25 | Tertiary-Startup Idea

CR: 0.0000 | 0 Likes | 38 Views | 8 times | LS: 8.0
Like it? | Support them now!

Perkembangan teknologi automotif sangat pesat pada masa kini dan telah merangsang perkembangan inovasi di seluruh dunia. Penggunaan kenderaan hybrid dan elektrik penuh juga telah menjadi fokus utama bagi membangunkan teknologi hijau yang mesra alam sekitar bagi mengurangkan pencemaran. Inovasi yang telah dilakukan ini tercetus dengan kajian kebakaran yang berlaku pada kenderaan terutama dari sumber elektrik iaitu bateri. Dengan perkembangan sistem elektrik kenderaan, lebih banyak komponen yang menggunakan komponen elektrik. Automatic Car Engine Bay Fire Extinguisher yang telah diinovasikan untuk memadamkan kebakaran yang mungkin berlaku pada engine bay kenderaan. Sensor kebakaran digunakan bagi membantu mengenalpasti kebakaran yang akan berlaku pada kenderaan dan akan mengaktifkan sistem pemadam kebakaran tersebut secara automatik. Penggunaan gas pemadam api jenis CO2 yang mana memang digunakan untuk memadam kebakaran akan diletakkan di dalam kenderaan dan akan menghembuskan gas apabila sistem diaktifkan. Setelah ujian dilakukan, didapati bahawa sistem ini dapat memadamkan kebakaran yang berlaku pada engine bay kenderaan. Walaubagaimanapun, sistem pemadam api ini boleh ditambahbaik lagi dengan disambungkan kedalam bahagian dalam kenderaan. Penambaikan ini boleh digunakan pada kenderaan hybrid atau elektrik penuh bagi menambah sistem keselamatan pada kenderaan tersebut.