MUHAMMAD AL AZIM BIN ABDUL RAHMAN KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH
Projek ini bertujuan untuk membangunkan dan menguji Adjustable Toolpost Attachment bagi mesin larik LeBlond Makino. Toolpost yang boleh dilaraskan ini direka untuk meningkatkan fleksibiliti dan ketepatan dalam operasi pemesinan, terutamanya dalam kerja-kerja yang memerlukan pertukaran alat pemotong dengan pantas. Kajian ini melibatkan reka bentuk Toolpost yang menggunakan pelbagai mata alat mesin di Kolej Vokasional Melaka Tengah. Ujian dilakukan bagi menilai kestabilan, ketahanan, dan keberkesanan alat ini dalam operasi pemesinan sebenar. Hasil ujian menunjukkan bahawa Toolpost yang direka dapat memudahkan dalam proses penukaran mata alat, meningkatkan ketepatan pemesinan, dan mengoptimumkan produktiviti dalam proses pemesinan. Kesimpulannya, Adjustable Toolpost Attachment yang dibangunkan berjaya memenuhi objektif projek.