SID53: MUDOFF

AHMAD HUZAIRI BIN BAHARUDDIN POLITEKNIK MUADZAM SHAH

MSC25 | Tertiary-Startup Idea

CR: 0.1968 | 37 Likes | 188 Views | 63 times | LS: 107.3
Like it? | Support them now!

Penggemar basikal ‘mountain bike’, sering berhadapan dengan cabaran membersihkan lumpur dan tanah yang melekat pada tayar selepas setiap sesi kayuhan di trail. Kaedah pembersihan konvensional bukan sahaja kurang berkesan dan merumitkan, malah berpotensi merosakkan komponen basikal berharga seperti sistem brek dan bearing hub, yang mana ianya akan mengakibatkan kepada kos penggantian yang tinggi. Isu ini lebih ketara bagi penduduk apartment yang tinggal di ruang terhad, di mana kemudahan pembersihan tayar amat terhad. Bagi pihak pengurusan perlumbaan (race management) pula, membekalkan perkhidmatan membersihkan basikal peserta dengan cepat dan cekap adalah merupakan satu keperluan.

MUDOFF tampil sebagai penyelesaian berkesan sistem pembersihan semi-automatik yang inovatif, cekap, dan mesra alam. Direka khusus untuk tayar basikal ‘mountain bike’ bersaiz 26 inci, 27.5 inci, dan 29 inci, yang menjadi pilihan utama penggemar basikal lasak. Direka untuk memaksimumkan kecekapan pembersihan tayar, melindungi komponen sensitif basikal, dan mengurangkan kesan alam sekitar melalui sistem penggunaan air yang cekap. MUDOFF menggunakan bantuan semburan air daripada ‘water jet’ bertekanan tinggi yang mana sebaran pancutannya boleh dilaraskan . Selain itu, sudut pancutan juga boleh dilaraskan bagi menyesuaikan pembersihan pada ketiga-tiga versi saiz tayar basikal. MUDOFF juga  memastikan kotoran dapat disingkirkan dengan kemas dan menyeluruh.

MUDOFF direka bentuk agar mempunyai ciri mudah alih dan mesra pengguna serta sesuai digunakan di trail, ruang apartment, atau dalam acara basikal seperti jembori dan perlumbaan. Reka bentuknya yang moden dan mengikuti trend terkini menjadikannya pilihan tepat bagi penggemar basikal lasak yang mementingkan gaya dan kecekapan.