SIN104: TART PETAI KERABU PETAI IKAN BILIS

Hani Hazwani Binti Mohd Pazai Kolej Vokasional Langkawi

MSC2024 | Startup Innovation

CR: 0.0455 | 2 Likes | 44 Views | 85 times | LS: 87.1
Like it? | Support them now!

Kami memilih produk dari pastri rapuh untuk menghasilkan produk inovasi ini iaitu pastri rapuh bergula dan pastri rapuh tanpa gula. Ia lebih dikenali sebagai short crust pastry dan sugar pastry. Kemudian inovasi yang dihasilkan pada produk pastri rapuh ini adalah petai. Petai mempunyai khasiatnya tersendiri yang membuatkan kami ingin memilih dan menggunakannya untuk penghasilan produk inovasi ini. Produk yang dihasilkan adalah tart petai kerabu petai ikan bilis kepada masyarakat di sekitar Langkawi. Dihasilkan dari gabungan pastri rapuh dan buah petai. Terdapat beberapa spesies petai yang bersesuaian untuk diketahui iaitu Parkia speciosa (Sp), Parkia tiamoriana (Sp) dan Parkia sumatrana (Sp). Pastri rapuh merupakan salah satu daripada jenis pastri yang biasanya untuk membuat pai, tart yang menggunakan filling atau inti pedas atau savouri. Selain itu, produk yang diinovasikan daripada dessert yang manis menjadi sesuatu yang lebih berkhasiat kepada masyarakat. Seterusnya, terdapat sesetengah masyarakat yang gemar makan daun petai muda sebagai ulam dan memakan petai bersama kulitnya sekali untuk mendapatkan khasiat kulit petai. Bagi mengetahui ketepatan jumlah responden, pengkaji telah menggunakan kaedah krejcie & morgan sebagai rujukan. Pengkaji menggunakan jenis kajian kuantitatif dari segi istilahnya ‘kuantiti’, maka kuantiti merujuk kepada bilangan yang diskrit, iaitu yang dinyatakan dengan tepat. Disamping itu, pengkaji menerangkan secara terperinci tentang dapatan dan analisis data yang telah dijalankan kepada responden.