SIN6: Smart Paint Tray

Danish Bukhary Bin Roslan Kolej Vokasional Klang

Projek ini bertujuan untuk menghasilkan Smart Paint Tray menggunakan besi mild steel kitar semula bagi mempercepatkan proses mengecat di bengkel. Reka bentuk unik produk ini dibangunkan menggunakan aplikasi SketchUp dan mengikut Model A.D.D.I.E., yang merangkumi lima fasa: Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan, dan Penilaian. Kajian melibatkan 30 pelajar Sijil Vokasional Malaysia Teknologi Pembinaan KV Klang melalui soal selidik Google Form. Hasil kajian menunjukkan maklum balas positif, membuktikan produk ini berkesan dalam menyelesaikan masalah. Untuk penambahbaikan, disarankan penggunaan bahan lebih ringan bagi memudahkan penggunaan di tempat tinggi.