SIN73: TROLLEY MIX STAIR

Ahmad Zafri Bin Mohd Azhri Kolej Volasional Klang

Pelajar menghadapi masalah membawa barang yang banyak dari stor dan perlu berulang 
alik untuk mengambil barangan dari stor. Keadaan ini telah menyumbang kepada
pembaziran masa dan tenaga. Projek ini bertujuan membangunkan produk inovasi yang 
dinamakan Trolley Mix Stair berasaskan logam besi berdasarkan reka bentuk 
menggunakan perisian Sketchup bagi mengatasi masalah kajian untuk kegunaan pelajar 
Program Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Klang. Pelaksanaan pembangunan 
projek adalah berpandukan fasa pembangunan reka bentuk Model A.D.D.I.E yang terdiri 
daripada lima fasa iaitu Analysis (mengenal pasti bahan dan kos), Design (mereka bentuk 
projek), Development (membangunkan produk berdasarkan reka bentuk yang dihasilkan), 
Implemantation (menggunakan produk), dan Evaluation (menilai keberkesanan produk 
dalam menyelesaikan masalah kajian). Penyelidik telah menjalan kan soal selidik 
menggunakan Google Form untuk mengumpul data bagi menilai keberkesanan produk 
dan dianalisis berdasarkan kaedah statistic dekskriptif. Seramai 32 orang pelajar 
Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Klang telah terlibat sebagai responden kajian. 
Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden memberikan maklum balas yang positif 
terhadap produk inovasi Trolley Mix Stair yang dibangunkan. Secara keseluruhannya 
dapatan ini memberikan implikasi bahawa pembangunan produk inovasi ini berjaya 
mencapai objektif kajian dalam menyelesaikan masalah kajian. Cadangan untuk 
penambahbaikan bagi kajian seterusnya, hollow steel yang digunakan digantikan dengan 
aluminium steel agar produk menjadi lebih rin