NUR HAZIQAH ALYA BINTI KAMARRUL AZLI KOLEJ VOKASIONAL KLANG
Pelajar menghadapi
masalah ketidakseragaman pemotongan dawai semasa pembelajaran amali yang melibatkan kerja pemotongan dawai bagi mengikat tetulang dengan menggunakan alatan sedia ada di bengkel. Keadaan ini telah menyumbang kepada pembaziran bahan, masa dan
tenaga. Projek ini bertujuan membangunkan produk inovasi yang dinamakan Wire Zapper berasaskan logam besi berdasarkan reka bentuk menggunakan perisian Skechtup bagi mengatasi masalah kajian untuk kegunaan pelajar Program Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Klang. Penyelidik telah menjalankan soal selidik
menggunakan Google Form . Dapatan kajian
menunjukkan majoriti responden memberikan maklum balas yang positif terhadap produk
inovasi Wire Zapper yang dibangunkan. Dicadangkan untuk penambahbaikan bagi kajian yang akan datang.