NUR DALILA WAFA BINTI MOHD FAKHRORAZI KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH
Amalan urutan telah lama dikenali sebagai satu cara untuk melegakan ketegangan otot dan meningkatkan kesejahteraan. Walau bagaimanapun, penggunaan lilin urut konvensional sering mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Masalah ini membuka peluang untuk inovasi lilin urut berasaskan bahan semula jadi.Produk ini dihasilkan bertujuan untuk menghasilkan lilin urut yang diperbuat daripada shea butter, minyak kelapa dan soy wax serta menyediakan produk urutan yang selamat dan mesra alam. Candle Massage ini dihasilkan daripada gabungan shea butter, minyak kelapa dan soy wax yang berkualiti tinggi. Campuran ini dipilih kerana khasiat pelembap dan keupayaan meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa melekit. Lilin ini juga dicairkan pada suhu rendah, menjadikannya selamat untuk digunakan terus pada kulit. Cara menghasilkan candle massage ialah sheabutter dan minyak kelapa dicairkan secara perlahan untuk memastikan tekstur yang homogen. Seterusnya, soy wax ditambahkan dan dikacau rata pada suhu yang sesuai. Campuran dituangkan ke dalam acuan seterusnya tambahkan minyak pati wangi dan dibiarkan mengeras.Faedah yang diperoleh daripada penghasilan candle massage ini ialah menghasilkan produk mesra alam dan mesra kulit,memberikan pengalaman urutan yang unik dengan aroma semula jadi serta membantu melembapkan dan menyuburkan kulit semasa urutan. Inovasi Candle Massage ini bukan sahaja memenuhi keperluan pengguna untuk produk urutan yang semula jadi, tetapi juga menyumbang kepada kelestarian alam sekitar. Gabungan shea butter, minyak kelapa dan soy wax menjadikan produk ini selamat, berkesan dan memberi pengalaman urutan yang menyenangkan.