SIN19: VEGETABLE MEASURING RULER

MASTURAH BINTI MD ALI KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI ABU ZAHAR ISNIN

Kecekapan dan ketepatan dalam penyediaan makanan memainkan peranan penting dalam memastikan hasil yang berkualiti. Salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh pelajar Seni Kulinari adalah ketidaktepatan dalam memotong sayuran yang boleh menyebabkan pembaziran bahan mentah dan mengganggu estetika hidangan. Sehubungan itu, produk inovasi ini, Vegetable Measuring Ruler diperkenalkan bagi membantu pelajar dalam mendapatkan ukuran potongan sayur yang lebih tepat dan seragam.

Produk ini direka khas untuk memenuhi keperluan pelajar program Seni Kulinari dengan menggabungkan konsep pembaris dan alat potongan dalam satu produk yang praktikal dan mudah digunakan. Dengan adanya alat ini, proses pembelajaran dan latihan amali di bengkel dapat dipertingkatkan dari segi ketepatan, penjimatan masa serta pengurangan pembaziran bahan.