Khairi Naim Bin Khairuddin Kolej Vokasional Klang
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang dialami oleh pelajar Teknologi Pembinaan Kolej Vokasional Klang. Berikut merupakan masalah pelajar yang alami iaitu pelajar mengalami kesukaran ketika kelas amali tetulang dijalankan dan juga tidak dapat membayangkan bagaimana sepatutnya cara membengkok link tetulang. Jadi tujuan "IronFlex Pro” ini dijalankan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dialami mereka. Antara kaedah yang pengkaji gunakan adalah pengkaji menggunakansoftware SketchUp sebagai lakaran serta lukisan akhir projek. Pengkaji juga telah menggunakan bahan besi yang diolah menjadi “IronFlex Pro” tersebut. Akhir sekali, pengkaji juga telah menjalankan kajian analisis dengan menggunakan soalan melalui edaran Google Form. Pengkaji mendapati 93.7% responden memberikan maklum balas yang baik dan ini menunjukkan" IronFlex Pro” berjaya menyelesaikan masalah serta telah mencapai objektifnya. Bukan itu sahaja, responden juga turut memberikan beberapa cadangan penambahbaikan.