SIN8: EZ PLY-Cart

SYAFIQAH HANNAH BINTI JAMALUDDIN KOLEJ VOKASIONAL KLANG

Pelajar mengambil masa yang lama dan menggunakan tenaga kerja yang banyak untuk mengangkat plywood ke kawasan kerja amali. Projek ini bertujuan membangunkan produk inovasi yang dinamakan The Easy Plywood Trolley. Reka bentuk produk yang praktikal dan menarik dihasilkan menggunakan perisian SketchUp bagi mengatasi masalah kajian. Pelaksanaan pembangunan projek adalah berpandukan fasa pembangunana reka bentuk Model A.D.D.I.E yang terdiri daripada lima fasa iaitu Analysis (mengenal pasti bahan dan kos), Design (mereka bentuk projek), Development (membangunkan produk berdasarkan reka bentuk yang dihasilkan), Implementation (menggunakan produk) dan Evaluation (menilai keberkesanan produk dalam menyelesaikan masalah kajian).