MUHAMMAD DANISH IMAN BIN NORISAM KOLEJ VOKASIONAL KLANG
Program School Enterprise Teknologi Pemesinan Industri (SE MPI) di Kolej Vokasional Klang merupakan inisiatif keusahawanan yang mengintegrasikan pembelajaran akademik dengan kemahiran praktikal dalam bidang Teknologi Pemesinan. Projek ini bertujuan untuk memenuhi permintaan pasaran terhadap produk cenderahati unik dan personalisasi bagi pelbagai acara seperti majlis perkahwinan, sambutan ulang tahun, dan acara korporat. SE MPI menawarkan pelbagai produk cenderahati berasaskan teknologi pencetakan 3D seperti keychain, fridge magnet, stand clock, dan plaque flower yang direka khas mengikut kehendak pelanggan. Berbekalkan kemudahan pencetak 3D, bahan filamen PLA, dan perisian reka bentuk seperti Tinkercad, projek ini mampu dilaksanakan dengan kos permulaan minimum. Sasaran pasaran merangkumi komuniti sekolah, institusi pendidikan, penganjur acara dan perniagaan kecil tempatan. Pelan pengembangan perniagaan turut dirancang secara berfasa bermula di peringkat sekolah sehingga ke platform e-dagang bagi memperluaskan capaian pasaran. Program ini bukan sahaja memupuk kemahiran teknikal dan keusahawanan pelajar, malah menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti setempat.