SIN67: WEBSITE/APLIKASI MUDAHJER BAHASA ISYARAT

FAIZAH BINTI IDRIS KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG

MSC2024 | Startup Innovation

CR: 0.1000 | 7 Likes | 70 Views | 160 times | LS: 167.7
Like it? | Support them now!

ABSTRAK Bahasa isyarat sering kali kurang dipahami oleh masyarakat umum di Malaysia. Kurangnya kesedaran dan pemahaman mengenai bahasa isyarat menyebabkan masalah komunikasi sering berlaku terutamanya individu yang mempunyai masalah pendengaran lebih-lebih lagi pemahaman mereka sering disalahertikan. Oleh yang demikian, Website MudahJER dibangunkan bertujuan untuk membantu individu yang mempunyai masalah pendengaran dan individu yang ingin belajar bahasa isyarat dengan mudah yang boleh diakses di seluruh dunia. Keistimewaan inovasi ini terletak pada terjemahan visual bahasa isyarat menggunakan algoritma canggih dan panduan pembelajaran yang interaktif. Dengan menyediakan perbualan harian, projek ini juga tidak hanya mengoptimalkan penggunaan waktu, tetapi juga dapat menjimatkan kos yang jauh lebih murah berbanding dengan kelas fizikal. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian dan temubual terhadap lima orang pelajar di kumpulan komuniti Bahasa isyarat di media sosial. Hasil temubual mendapati sebelum ini pelajar-pelajar tersebut kurang minat untuk belajar Bahasa Isyarat kerana proses pembelajaran yang memerlukan masa yang lama selama sepuluh minit di platform Youtube yang mana ia melibatkan hanya satu perbualan sahaja. Oleh yang demikian, sesi penerangan selama satu jam menggunakan aplikasi Mudahjer telah diperkenalkan kepada mereka.Latihan praktikal ini telah menunjukkan bahawa pembelajaran Bahasa Isyarat lebih cepat dan efisyen sekaligus mereka dapat belajar Bahasa isyarat dengan tiga perbualan beserta ujian dalam tempoh lapan minit sahaja. Website Mudahjer merupakan pembelajaran bahasa isyarat yang sesuai untuk semua golongan masyarakat. Ianya memberi peluang kepada setiap individu untuk mula mempelajari pembelajaran mereka tanpa terikat oleh kekangan waktu dan lokasi. Kata Kunci : Bahan Bantu Mengajar, Bahasa Isyarat, Pembelajaran Interaktif