MUHAMMAD SAIFUL AZZAM BIN MOHD ISSAN Kolej Vokasional Klang
‘Mini Multipurpose Trolly Toolbox’ dibangunkan berdasarkan pemerhatian di bengkel Teknologi Pembinaan, Kolej Vokasional Klang bagi mengatasi masalah penyimpanan peralatan yang tidak sistematik, pergerakan peralatan yang sukar, dan akses terhad kepada sumber tenaga. Produk inovasi ini mempunyai kotak penyimpanan dengan tiga bahagian, ruang laci dengan compartment khas, serta dilengkapi trolly foldable hand truck 6 wheels untuk memudahkan pergerakan. Selain itu, ia turut menyediakan bekalan kuasa arus ulang-alik (AC) bagi kemudahan penggunaan peralatan elektrik.
Penilaian keberkesanan melalui soal selidik menunjukkan maklum balas positif, di mana produk ini membantu memudahkan kerja, meningkatkan kecekapan, dan menjimatkan masa pengguna di bengkel. Secara keseluruhan, inovasi ini berjaya menyelesaikan masalah penyimpanan dan pergerakan peralatan, menjadikannya lebih sistematik, efisien, dan mesra pengguna.