JUNITA BINTI AJIRUL SK UMAS-UMAS
Inovasi Aktiviti Silang Huruf KVK dibangunkan bagi membantu murid prasekolah 4+ dan 5+ tahun yang telah menguasai bacaan KV tetapi menghadapi kesukaran membaca suku kata tertutup (KVK). Murid cenderung membaca "bas" sebagai "ba" atau "basa". Aktiviti ini menggunakan huruf magnetik dan grid silang huruf secara kinestetik dan visual untuk mengukuhkan bacaan KVK. Ia memberi peluang kepada murid untuk membina perkataan secara manipulatif dan menyeronokkan, selaras dengan prinsip pembelajaran bermakna. Inovasi ini menyokong keperluan guru menyediakan bahan bantu mengajar yang berkesan dan interaktif, bagi meningkatkan penguasaan literasi awal murid.